Monday, June 28, 2010

KAU NI MACAM LALAT LA ...


Apa maksudnya kalau orang itu di panggil 'Lalat'? Adakah memang dia tu 'Lalat'?? Haihhh... Bercakap pasal 'Lalat'.. there are so many types of 'Lalat'. Ada lalat biasa, ada lalat pasir and paling orang tak suka ialah
'Lalat Hijau' atau 'Langau'.... sebab lalat nih jenis bertelur di mana-mana kawasan atau benda dia hinggap. Bila bertelur mengeluarkan lava then jadi maggots.


Ha bercerita pasal lalat nih. Masa musim tengah 'panas' macam nilah lalat ni suka mengikut la kemana kita pergi. Walaupun kita halau dia, tak maunya dia pergi sebab lalat nih jenis tak makan ajar.. or even sebenarnya lalat nih tak tau malu lah. Bila musim panas lalat-lalat ni akan keluar sebab cuaca yang hangat menyemarakkan kegiatan mereka. Lagipun bangkai dan makanan busuk terlalu banyak.

Masih ingat sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W berkenaan lalat? 
“Jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, maka benamkanlah (lalat itu sepenuhnya dalam minuman itu) dan kemudian buanglah (lalat) itu. Kerana sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyembuh manakala pada sebelah yang lain terdapat penyakit.”

Pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis FitriatAmbaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. yang di beri nama Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang b esar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.


Pada tahun 1947, Ernestein dari Inggris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahwa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekaligus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.

Mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.
Maka adalah logik apabila ingin mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat, badannya harus dibasahkan -menyelupkan lalat yang jatuh tersebut sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat.



Subhanallah betapa hebatnya Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W... Tapi memang tak di nafikan 99% manusia pada hari ini memang tak suke pada lalat.  Mana tak nya setiap lalat membawa  kurang lebih 125.000 kuman. Erk..





 p/s : How lucky I am because I am NOT that 'Bangkai' who are surrounded by 'Lalat'. Haha..


0 pendapat korang:

 

akuDia&kaMu Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template