Wednesday, March 16, 2011

Kembalikan Kepantasan Pelayaran Laman Facebook.com

 

Salah satu masalah yang dihadapi oleh para pengguna Facebook tempatan sejak kejadian tsunami dan gempa bumi baru-baru ini adalah masalah load yang mengambil sedikit lama berbanding kebiasaannya. Ini berlaku adalah kerana salah satu pelayan Facebook yang terletak di Hong Kong mengalami masalah sukar diakses disebabkan oleh masalah kabel.
Walaubagaimanapun, untuk sementara waktu ini, para pengguna boleh mengatasi perkara ini dengan menukarkannya kepada pelayan tempatan, dan menikmati semula kelajuan Facebook seperti sebelumnya (malah lebih pantas lagi).
Pengguna Windows 7 yang menghadapi masalah, pastikan anda membuat perkara berikut terlebih dahulu:
  • Start –> Control Panel –> User Accounts
  • Klik pada Change User Account Control Settings
  • Set kepada “Never Notify”.
  • Save Settings dan Restart PC semula. Anda boleh mengubah fail seperti biasa mengikut langkah-langkah diatas selepas itu.
Bagi pengguna Windows, anda boleh mengubahnya dengan berbuat:
  • Pergi ke direktori C:\Windows\System32\drivers\etc\
  • Buka fail HOSTS menggunakan aplikasi Notepad.



Tambah perkara berikut pada penghujung fail tersebut : 203.106.85.66 www.facebook.com



  • Klik “Save” dan layari laman Facebook dengan kelajuan yang lebih pantas berbanding sebelumnya.
Anda boleh membandingkan kelajuan sebelum dan selepas pengubahan server dengan melakukan ujian ping ringkas melalui command-prompt anda.
Bagi yang menghadapi masalah untuk “Save”, boleh memuat-turun fail berikut, dan mengantikannya dengan fail asal di folder tersebut. Pastikan anda membuat salinan fail tersebut terlebih dahulu untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Muat-Turun Fail Hosts (Right-Klik Save As)


Kredit : Amanz

6 pendapat korang:

zazaw on March 16, 2011 at 10:54 PM said...

ooo
mcm tuu
nanti nak terai
thx kaseh
:)

aizatjohar on March 17, 2011 at 2:39 AM said...

ur wcme sis

aisyah thaqif on March 17, 2011 at 5:44 AM said...

thanks for this entry :D

Rie on March 18, 2011 at 2:37 AM said...

kena try ni
nt malam sket
skang tgh mls..hehe

si para para on March 20, 2011 at 8:34 AM said...

terbaikkk..

Amira Atiya on March 25, 2011 at 9:17 AM said...

oooo nak try lah

 

akuDia&kaMu Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template