Wednesday, March 16, 2011

Kembalikan Kepantasan Pelayaran Laman Facebook.com

 

Salah satu masalah yang dihadapi oleh para pengguna Facebook tempatan sejak kejadian tsunami dan gempa bumi baru-baru ini adalah masalah load yang mengambil sedikit lama berbanding kebiasaannya. Ini berlaku adalah kerana salah satu pelayan Facebook yang terletak di Hong Kong mengalami masalah sukar diakses disebabkan oleh masalah kabel.
Walaubagaimanapun, untuk sementara waktu ini, para pengguna boleh mengatasi perkara ini dengan menukarkannya kepada pelayan tempatan, dan menikmati semula kelajuan Facebook seperti sebelumnya (malah lebih pantas lagi).
Pengguna Windows 7 yang menghadapi masalah, pastikan anda membuat perkara berikut terlebih dahulu:
  • Start –> Control Panel –> User Accounts
  • Klik pada Change User Account Control Settings
  • Set kepada “Never Notify”.
  • Save Settings dan Restart PC semula. Anda boleh mengubah fail seperti biasa mengikut langkah-langkah diatas selepas itu.
Bagi pengguna Windows, anda boleh mengubahnya dengan berbuat:
  • Pergi ke direktori C:\Windows\System32\drivers\etc\
  • Buka fail HOSTS menggunakan aplikasi Notepad.



Tambah perkara berikut pada penghujung fail tersebut : 203.106.85.66 www.facebook.com



  • Klik “Save” dan layari laman Facebook dengan kelajuan yang lebih pantas berbanding sebelumnya.
Anda boleh membandingkan kelajuan sebelum dan selepas pengubahan server dengan melakukan ujian ping ringkas melalui command-prompt anda.
Bagi yang menghadapi masalah untuk “Save”, boleh memuat-turun fail berikut, dan mengantikannya dengan fail asal di folder tersebut. Pastikan anda membuat salinan fail tersebut terlebih dahulu untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Muat-Turun Fail Hosts (Right-Klik Save As)


Kredit : Amanz

Sunday, February 6, 2011

KEKECEWAAN PEMINAT BILA KALAH

Perghh.. sori la korang. Gwa arini sentap sedikit. Frust woo..frust giler bila pasukan kesayangan gwa buat pertama kali nya kalah dalam match awal pagi tadi. mana taknya. cuba la korang bayang kan. 24 game rekod menang je. smooth mengharungi..tiba-tiba KALAH. Heh..terus down gwa. Pulak tu..yang kalah kan. team cikai-cikai. team yang sedang bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran.[..]



Wednesday, February 2, 2011

JERSI NEGARA vs BUAH LIMAU


Bunyi dah dia.. mercun sana. mercun sini. gwa tahu dah. time tuk gwa menari naga. haha gwa nak beraya cina?? mestilah..kan 1 malaysia. cuma gwa tak pi tokong je. seronok betul dapat limau. walaupun limau adalah simbol kaya bagi depa. gwa pun nk tumpang kaya la juga. Ini lah masa untuk gwa mengepau sape-sape yang sedang mengkaya kan diri. Penat-penat je ade sarung angpau mahal-mahal tapi tak sudi -sudi berhati mulia. ceh.. [...]

Tuesday, February 1, 2011

SEBERAPA BERAT BLOG KORANG



Sejak beberapa hari ni gwa perasan yang blog ni semakin berat. Setiap kali loading mesti ambil masa untuk keluar paparan yang sepenuhnya. Gwa sebagai pengguna streamyx pun terasa lambat apatah lagi gwa gune broadband.

Gwa tak tahu kat bahagian mana yang membuatkan blog ni jadi berat, tapi sekejap lagi gwa akan buat kemaskini. Kalau berat sangat nanti takder sapa pulak nak datang.

Macamana nak check berat blog?  [..]
 

akuDia&kaMu Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template