Tuesday, July 6, 2010

ASAL USUL PERKATAAN "OK"




Pernahkah korang tertanya-tanya dari manakah wujudnya perkataan “OK”?  Dalam kamus dewan putaka pun xda istilah perkataan ini. Entry ini tercetus ketika sedang membeli nasi bungkus apabila makcik yang jual tu kata ” Ok, makcik jual nah! Apa yang peliknya, boleh
dikatakan seluruh dunia tahu berkata “OK”. Sudah jadi perkataan antarabangsa agaknya. Sehinggakan orang Rusia yang tidak dapat mengenal susunan vokal tetap fasih berkata “OK”
Sampai jer rumah, pas melantak nasi bungkus tu dulu. Terus aku menggunakan ilmu di hujung jari search kat Wikipedia. Disebabkan ianya dalam bahasa inggeris. Di sini aku cuba terjemah apa yang dapat aku faham.
Walaupun penggunaannya popular di serata tempat namun asal usulnya tidak begitu jelas kerana terlalu banyak teori yang dikemukakan. Demi menyenangkan pemahaman semua, antara teori-teorinya ialah:
  1. Bagi orang Jerman, “OK” ialah singkatan bagi Oberst Kommandant (Colonel in command) digunakan oleh Baron Von Steuben, seorang Jenderal Amerika dalam Perang Revolusi. Digunakan oleh tentera Amerika ketika perang dunia ke-2, apabila pulang dari peperangan atau misi. Zero Killed akan sebut yang bermaksud tiada tentera yang menemui ajal dalam pertempuran. Maksudnya Zero ’ O ‘ Killed = O K .
  2. Orin Kendall ialah nama merek crackers sejenis biskut krim , dikenali sebagai “OK”. makanan yang dimakan oleh tentera Amerika ketika Perang Sipil.
  3. “OK’ berasal dari nama Perancis untuk pelabuhan di Haiti, Aux Cayes, yang terkenal dengan produksi rum.
  4. “OK” berasal dari istilah telegram era 1860-an untuk Open Key. Ini sejenis kunci seperti yang ada pada papan kunci (keyboard) komputer modern.
  5. Terdapat sumber mengatakan ia berasal dari bahasa asli India “okeh” tetapi tiada penjelasan yang kukuh untuk teori ini.
  6. Kesalahan mengeja daripada all correct ke oll korrect telah mewujudkan singkatan perkataan ”OK”. Presiden AS Andrew Jackson seorang yang susah mengeja telah menuliskan ‘OK’ dengan maksud menandakan  bahawa semua dokumen kenegaraan yang dibacanya berstatus “all correct”. Banyak kajian yang  mengatakan penjelasan ini lebih mendekati asal usul “OK”.
Sekiranya para pembaca ingin memahami lebih lanjut, boleh rujuk Di sini.

p/s :  "OK makcik, saya beli nasi bungkus nih" (akad jual beli)

3 pendapat korang:

Cik Mary on July 8, 2010 at 8:38 AM said...

ok..makcik terima..=p

Aizuddin Hanis on October 8, 2010 at 8:38 PM said...

ok tq

aizatjohar on January 3, 2011 at 9:59 AM said...

cik mary : lol..
din : ye sesame =)

 

akuDia&kaMu Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template