Thursday, July 8, 2010

ROKOK ELEKTRONIK ??


 
Yeay malam ni akan bergeraklah aku dari kutub Johor ke kutub Perlis untuk memula kan sesi kuliah  setelah sekian lama bercuti . Penat kan bercuti.. Sebelum tu aku ada nk kongsi satu info pada korang dan info yang aku nk  kongsi ni ini agak menarik. Korang pernah dengar Rokok Elektronik?


Ni gara-gara search product inovative lah aku terpandang artikel ni.  Macam-macam teknologi pada masa kini sehinggakan rokok pun dah di”elektronik”kan. Tapi buat penagih tegar rokok, agak-agak mereka “feel” tak hisap rokok nie? Err..Haha..
 
Kalaulah seseorang dah merokok, apa halangan sekalipun mereka tidak akan lupakan bahan itu. Keluar fakta yang mengatakan rokok itu bahaya, rokok naik harga pun, mereka tidak akan berhenti dengan mudah.  Perokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri, juga membahayakan orang sekelilingnya yang menghidu asap rokok terbabit. Disebabkan itu, perokok bolehlah bertukar kepada rokok yang berelektronik. Pelik bukan, rokok pun boleh dibuat secara elektronik. Jadi ia bolehlah dikatakan sebagai gajet rokok elektronik. Rokok elektronik atau dikenali E-cigarette adalah produk berteknologi tinggi yang dihasilkan untuk perokok merokok dengan lebih selamat. Rokok elektronik ni :

1. Tiada Tembakau
2. Tiada Tar
3. Tiada Bau
4. Tiada Habuk
5. Tiada asap merbahaya


Rokok elektronik tidak memerlukan pemetik api untuk di hidupkan. Perokok hanya perlu menghisap rokok elektronik dan secara automatik komponen elektronik didalamnya akan dihidupkan. Kelebihannya adalah perokok boleh menghisap rokok elektronik ini di mana-mana sahaja kerana ia tidak mengeluarkan asap yang merbahaya. Malahan boleh juga menghisap di kawasan larangan merokok kerana belum ada kawasan untuk larangan merokok rokok elektronik..

Bagaimana rokok elektronik ini berfungsi?

Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya.  Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan..

Aku tengok proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yang berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika di hisap..

cuba lihat minah ni:




p/s : Hehei jangan lah tengok aku camtu. Aku ni perokok ke??

4 pendapat korang:

touya on August 10, 2010 at 10:33 PM said...

mana nak dapat ? nak beli kat mana ?

juma on August 18, 2010 at 8:05 AM said...

sape2 yg gian sehari tak dapat rokok..ley tukar ngn nih erk.

shi3la on August 24, 2010 at 1:22 AM said...

salam kenal yer..rasenyer pestime sayer menjengah ke sini..nice blog here..

salam Ramadhan...

Ebook on November 29, 2010 at 2:04 AM said...

Salam.. kenal nak jumpa di blog ku

 

akuDia&kaMu Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template