Thursday, September 16, 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2010

 
 

Tak terlewat rasanya mengucapkan Selamat Hari Malaysia ke-47 kepada korang yang lahir di bumi bertuah ini. Hari ini juga 16 Sepetember 2010 merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Ini adalah untuk

memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Ikuti latar belakang ringkas Hari Malaysia:

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

kepada seluruh rakyat Malaysia...semoga kemakmuran negara berkekalan selamanya
Sesungguhnya harga kemakmuran yang dikecapi hari ini tersangat bernilai..terima kasih dan syabas kepada kita semua yang bergelar rakyat Malaysia

Klik link ini untuk melihat iklan Digi yang sangat mencuit hati
http://www.youtube.com/watch?v=WRgjbDahqeU&feature=player_embedded


ps: Bulan Ogos dan September ni banyak betul hari peristiwa, bermula dengan Ramadhan, Merdeka, Musim balik kampung, Hari Raya, Pemasyhuran Sultan Kelantan dan Hari Malaysia…



0 pendapat korang:

 

akuDia&kaMu Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template