Sunday, January 16, 2011

DURIAN MERAH


Gwa sebagai rakyat Malaysia, sudah pasti sama ngan korang pernah makan Buah Durian betul tak? tapi berapa yang pernah makan Durian Merah yang di kata kan hanya boleh di dapati di Sabah?


Mengikut kata cik google..  


Durian, atau nama saintifik nya, Durio zibethinus, merupakan buah yang sangat di kenali di serata Asia Tenggara dan turut di kenali dengan gelaran Raja Buah-buahan.

Manakala Durian Merah ini pula, gwa search nama nya saintifik nya Durio gravolens, atau turut di kenali dengan nama sebagai Durian Hutan. Manakala bagi penduduk setempat di Sabah pula memanggilnya dengan nama Sukang.

Mengikut osmet gwa cakap, walaupun Sukang ni isinya bewarna merah berlainan dengan isi Durian biasa yang isinya bewarna kekuningan, di katakan rasa Sukang ini tiada banyak bezanya dengan Durian. Namun bau Sukang ini di katakan lebih kuat aromanya dan kulitnya berduri panjang dan tajam (ada ke duri buah  durian tumpul hehee..). Katanya juga buah ni terdapat dalam hutan dan biasa dimakan burung aje isinya. Binatang memang pandai cari buah yang sedap. Kebanyakan buah-buah hutan memang sedap pun. Takde suntikan botox mahupun colagen untuk mencomelkan buah tu. Hasil alam yang original memang menakjubkan.

ini kah pokok nya??
setelah di belah dengan cara yang betul

p/s : musim durian nanti nak pesan osmet bawa satu guni lah dari Sabah...

7 pendapat korang:

yott on January 16, 2011 at 9:52 PM said...

1st time isi durian merah!
nice info..

MERAH on January 16, 2011 at 10:05 PM said...

wahhhh.cun nye :)

aizatjohar on January 16, 2011 at 10:54 PM said...

warna yg ghairah...kahkahkah

ikaLiFe on January 16, 2011 at 11:43 PM said...

waa...nak rase gak..! hakhak

Eza Zularyeza on January 17, 2011 at 4:12 AM said...

ejat..jom dtg umh eza kt sabah mkn durian tu..sbnrnya xde la exactly merah sgt..klo xprnh mkn agak susah nk telan coz rasa xsme cm durian biasa..lebih lemak

aleen aiden on January 19, 2011 at 12:15 AM said...

serius ade kat sabah?wa rase mcm nak gerak malam ni jugak.kah3

aizatjohar on January 29, 2011 at 8:05 AM said...

ye seyes ade..member sabahan bgtaw

 

akuDia&kaMu Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template