Monday, January 10, 2011

BERITA PALSU PENUTUPAN FACEBOOK


Laman  Pesbuk Facebook ditutup?? Tak percayalah! Itu tanggapan pertama gwa apabila membaca berita Weekly World News: Facebook Will End On March 15th! Takkan la benda yang dah terkenal macam tu senang² je nak tutup. Bukannya perniagaan macam kat kaki lima? Boleh tutup ikut suka hati! Ini perniagaan bernilai berbilion juta dollar dan mempunyai pekerja berjuta² orang diseluruh negara. Kalau tutup .. banyak orang akan menerima kesannya. Jadi nak kesahihannya, gwa cuba check kat Google, Yahoo dan Berita Harian. Tak ada satu pun yang menceritakan pasal hal ini.


Berita palsu mengenai penutupan Facebook tersebar di Internet


Dari laman The Epoch Times pula, Is Facebook Shutting Down? Just Another Internet Hoax, gwa dapati bahawa berita tersebut sememang palsu. Menurut laman tersebut lagi, sebelum ini juga, Weekly World News pernah melaporkan berita palsu mengenai Michelle Obama sedang hamil dan Michael Jackson yang dilihat sebulan selepas kematiannya. Jadi memang sah la, berita 'Facebook akan ditutup' yang diwar²kan oleh laman web tersebut juga merupakan cerita palsu!

Selain itu juga memang agak tidak logik sekiranya Facebook ditutup selepas seminggu memperolehi pelaburan sebanyak $500 juta dari Goldman Sachs Group Inc dan pelabur Rusia. Pelaburan sebanyak tu bukannya sikit! Kalau setakat alasan bahawa 'Mark Zuckerberg tertekan, dan pengurusan laman itu di luar kawalan, kerana bilangan pengguna yang semakin bertambah' memang betul² tak masuk akal!

Sebelum ini, Facebook juga pernah menghadapi masalah yang sama pada tahun 2007 apabila berita mengenai penutupan Facebook tersebar meluas dimedia massa.

 

p/s : gwa da sebulan xlogin pesbuk.ade heran..haha

7 pendapat korang:

Anonymous said...

xlogin pesbuk sbln tu pon berita palsu.... ekeke~

Aizuddin Hanis on January 10, 2011 at 9:39 PM said...

klau facebook tutup...byk lg boleh gune...friendster ade..twiteer ade..

aizatjohar on January 10, 2011 at 9:43 PM said...

taw xpe..bosan dah aku pesbuk ni.bek blogig.dapat jga income..lalala

whitecappuccino on January 11, 2011 at 6:57 AM said...

tak kisah pun kalo tutup.

✿ Purple Violet ✿ on January 13, 2011 at 7:42 AM said...

seram den tgk gambo

jalanjatuh on January 14, 2011 at 10:50 AM said...

mark zuckerberg da cukup duet nak masuk minang kot?? tu y die stop tuh\heheh

aizatjohar on January 26, 2011 at 2:09 AM said...

minang??hehe

 

akuDia&kaMu Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template